September 18, 2008

Role of the Agong

Posted in Malaysia at 10:29 am by egalitaria

Bob Kee wrote an excellent article, which I hope he won’t mind me reproducing here. But you can read the original here on his blog. This is with regards to the Role of the Agong in determining the leadership of the country.

Saya cukup hairan dengan pemimpin-pemimpin politik negara yang suka memperbodohkan rakyat. Dahlah pendidikan sivik dan kewarganegaraan kat Malaysia ni berada pada tahap yang serba kekurangan, kena pula pemimpin-pemimpin yang langsung tidak memainkan peranan sebagai negarawan yang bertanggungjawab.

Misalannya, perhatikan petikan-petikan di bawah daripada wawancara yang diberi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam daripada beberapa sumber akhbar arus perdana :

Ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan pembangkang yang menyebut Anwar mempunyai pilihan untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sekiranya gagal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.”Jangan kaitkan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini. Seri Paduka Baginda adalah Ketua Negara dan tidak terlibat langsung dalam politik. Kita perlu menghormati institusi raja seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. (Sinar Harian, 18 Sept 2008)

Sebenarnya Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab melantik Perdana Menteri pada budi bicara Seri Paduka Baginda:

Perkara 40 (2)Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

  1. melantik seorang Perdana Menteri;
  2. tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
  3. meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,

dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini.

Muhyiddin juga berkata demikian ..

Muhyiddin said that according to the constitution, the prime minister was to be appointed among those entrusted by the majority of the people in a general election and an MP having the command of a party (Bernama).Muhyiddin berkata bahawa menurut perlembagaan, perdana menteri adalah dipilih dari antara mereka yang diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat di dalam pilihanraya umum dan adalah seorang ahli Parlimen yang mengetuai sesebuah parti.

Sebenarnya parti politik langsung tidak menjadi faktor di dalam pemilihan Perdana Menteri menurut Perlembagaan Persekutuan. Ungkapan “parti” cuma dapat ditemui 2 kali di dalam Perlembagaan Persekutuan, dan ia diberikan di dalam konteks kekosongan di dalam Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

Perkara 43 (2)Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

  1. Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
  2. atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;

Perkara 43 (4)

Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hakikatnya jelas. Segala tohmahan yang dilemparkan ke atas cubaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara secara sah, tertib dan teratur ini merupakan tindakan yang bersifat terdesak daripada pihak parti pemerintah.Mereka mengambil kesempatan situasi dimana kebanyakkan orang masih tidak fasih dalam hal perundangan dan perlembagaan. Mereka terus cuba mengaburi mata serta memperbodohkan rakyat dengan menyeleweng tafsiran perlembagaan dan prosedur demokrasi berparlimen melalui media massa arus perdana yang kebanyakkannya milik parti pemerintah ataupun syarikat-syarikat milik kepentingan-kepentingan yang sewaktu dengannya.

Kalau betul ingin buktikan bahawa Anwar sebenarnya tiada senarai ahli parlimen yang ingin mengalih sokongan daripada BN kepada Pakatan Rakyat, kenapakah Perdana Menteri tidak terus menemui Anwar dan memaksa Anwar mengeluarkan senarai itu? Jikalau Anwar tidak dapat berbuat demikian di dalam pertemuannya dengan PM, maka terbuktilah bahawa Anwar itu sebenarnya menipu rakyat. Tak payahlah bersusah payah memberikan berpuluh-puluh sidang media dan mendakwa Anwar menipu rakyat tanpa menunjukkan sebarang bukti.

Dan kenapakah Perdana Menteri tidak sanggup memberikan kepastian kepada rakyat bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan yang akan menyebabkan huru hara dan ketidakstabilan sosio-politik jikalau terpaksa meletakkan jawatan Kabinet berdasarkan 4 perkara yang disarankan di dalam surat daripada pimpinan Pakatan Rakyat kepada beliau? Adakah ia kerana beliau ingin memelihara “hak” beliau untuk menggunakan ISA ataupun kuasa darurat demi memelihara kedudukannya?

Siapa sebenarnya yang berdolak dalih? Dan tindakan pihak manakah yang sebenarnya menjadi ancaman kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan negara?

Renungkanlah.

%d bloggers like this: